Makluman
  1. PENGAJIAN AGAMA INI WAJIB DIKUASAI !!! SEKOLAH AGAMA INI MEMBUKA PELUANG AMBILAN 2022 KHUSUS PELAJAR LEPASAN RENDAH DAN MENENGAH BAGI ALIRAN HAFAZAN, AKADEMIK DAN PRA-UNIVERSITI
  2. WHY CONFIDENCE BUILDING IS IMPORTANT FOR STUDENTS ???
  3. SMITA BUKA PENDAFTARAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BERMULA 2022
  4. SMITA TELAH MAJU SELANGKAH LAGI
  5. PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) UNTUK GURU, STAF, DAN SEMUA PELAJAR
  6. TAWARAN TAJAAN
  7. WORLD MENTAL HEALTH DAY 2020
  8. SMITA TERIMA WAKAF REHAL
  9. PERCUBAAN SPM 2020 - PELAJAR TINGKATAN 5 SMITA
  10. KULIYAH HARI MALAYSIA 2020
  11. SAMBUTAN MAAL HIJRAH SMITA
  12. HARI KELUARGA SMITA 2020
  13. PELAJAR TINGKATAN 1 - 3 KEMBALI KE SEKOLAH
  14. KURSUS GURU – GURU SEKOLAH AL-NIDAA’ 2020
  15. KEMUNCAK HARI SUKAN SMITA : PERBARISAN
  16. KEMUNCAK HARI SUKAN SMITA : ACARA BALAPAN
  17. KEMUNCAK HARI SUKAN SMITA: ACARA PENUTUP
  18. SMITA HADIRI PROGRAM PELANCARAN TVET ISLAMIK PERAK
  19. MESYUARAT BIMBINGAN GURU BAGI PENYERAPAN ILMU PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) DALAM PDPC BAHASA MELAYU JAIPK
  20. PELAJAR FORM 4 KEMBALI KE SMITA
  21. PELAJAR TINGKATAN 5 KEMBALI KE SMITA
  22. PROGRAM SANITASI DAN PERSEDIAAN KEMASUKAN PELAJAR
  23. PROGRAM SANITASI KKM.
  24. UJIAN BULANAN MAC 2020
  25. HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019
  26. KURSUS MOTIVASI GURU
  27. SARINGAN TALASEMIA PELAJAR TINGKATAN 4 SMITA
  28. KEJOHANAN SIRKIT 2 CATUR MSSPK 2020
  29. PERTANDINGAN SUKANTARA LONTAR PELURU SMITA 2020
  30. PERTANDINGAN SUKANTARA BOLA TAMPAR SMITA 2020
  31. KEJOHANAN BADMINTON MSSD HILIR PERAK 2020
  32. ACARA MERENTAS DESA SUKANTARA SMITA 2020
  33. KEJOHANAN CATUR MSSPK
  34. KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
  35. CERAMAH TALASEMIA
  36. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HILIR PERAK 2020
  37. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD HILIR PERAK 2020
  38. PERTANDINGAN SUKANTARA SEPAK TAKRAW 2020
  39. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS
  40. PERTANDINGAN CATUR MSSD 2020
  41. ORIENTASI PELAJAR BAHARU SMITA.
  42. SESI PERSEKOLAHAN 2020 BERMULA
  43. PROGRAM KADERISASI: CINTAI AL-NIDAA’ 2019
  44. REHLAH TARBAWIYYAH
  45. LAWATAN MAHABBAH MTQ ADDIN AIR KUNING
  46. AL-NIDAA' YOUTH GENERATIONS : WHITE WATER RAFTING 2019
  47. MENDAKI BUKIT KLEBANG DAN LUMBA LARI 10KM PADANG POLO, IPOH
  48. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM 2019
  49. CERAMAH PERDANA USTAZ EBIT LEW
  50. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SUBJEK BALAGHAH DAN MUTHOLAAH INSYAK THANAWI TAHUN 2019
  51. KEM QIYAMULLAIL DI BAWAH SINARAN BINTANG (3 ~ 4 OKTOBER 2019)
  52. KEM QIYAMULLAIL DI BAWAH SINARAN BINTANG (3 ~ 4 OKTOBER 2019)
  53. KEM QIYAMULLAIL DI BAWAH SINARAN BINTANG (3 ~ 4 OKTOBER 2019)
  54. KEM QIYAMULLAIL DI BAWAH SINARAN BINTANG (3 ~ 4 OKTOBER 2019)
  55. SEMINAR GALUS MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2019
  56. MAJLIS HI-TEA AL-NIDAA'
  57. KURSUS GURU SEKOLAH-SEKOLAH AL-NIDAA'
  58. REHLAH SANTAI THANAWI 2019
  59. BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM
  60. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB SPM 2019
  61. KEM BINA JIWA SPM & THANAWI 2019
  62. LAWATAN KHAS OLEH SHEIKH HUSSEIN, BEKAS PRESIDEN PERSATUAN MUHAMMADIYAH, SINGAPURA DAN RAKAN-RAKAN KE SMITA
  63. MATHEMATICS FOR SPM WORKSHOP
  64. KHUTBAH COMPETITION
  65. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3 BAGI MATAPELAJARAN SEJARAH
  66. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM BAGI MATAPELAJARAN PQS
  67. TEMASYA SUKAN TAHUNAN SMITA 2019
  68. PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA RUMAH SUKAN 2019
  69. PERTANDINGAN MEMANAH ANTARA RUMAH SUKAN 2019
  70. PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH SUKAN 2019
  71. KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2019
  72. SUKAN TARA PING PONG BEREGU BAWAH 18 TAHUN
  73. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM 2019
  74. "PRACTICES IN MUSLIM SOCIETY"
  75. MAJLIS SERAUT WAJAH, SEJUTA BUDI
  76. FESTIVAL HUFFAZ
  77. PERTANDINGAN RERO ROBOTIK DAN KODING PERINGKAT NEGERI PERAK
  78. HARI PRESTASI KAD LAPORAN SMITA 2019
  79. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS SPM 2019
  80. UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA ARAB 2019
  81. KARNIVAL STEM - PELANCARAN ROKET AIR 2019
  82. CERAMAH MOTIVASI KERJAYA
  83. KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH HILIR PERAK 2019
  84. UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2019
  85. KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM SECARA ISLAMI
  86. PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK
  87. PERTANDINGAN CATUR MSSD 2019
  88. MEMANAH MSSD 2019
  89. MEMANAH SMAN 2019
  90. PERTANDINGAN PINGPONG MSSD HILIR PERAK 2019
  91. PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD HILIR PERAK 2019
  92. MINGGU BAHASA 2019
  93. PERLAWANAN PERSAHABATAN RAGBI SMITA VS KVTI
  94. BENGKEL RUKYAH HILAL
  95. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR SMITA VS SARJANA
  96. PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON 3 PENJURU
  97. LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN 2019
Image Banner

PENGAJIAN AGAMA INI WAJIB DIKUASAI !!! SEKOLAH AGAMA INI MEMBUKA PELUANG AMBILAN 2022 KHUSUS PELAJAR LEPASAN RENDAH DAN MENENGAH BAGI ALIRAN HAFAZAN, AKADEMIK DAN PRA-UNIVERSITI

Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) kini membuka peluang kepada para lepasan sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti kelas bermula daripada Tingkatan 1 hingga 6 bagi sesi Tahun 2022. Aliran ini meliputi INTEGRASI, TAHFIZ PLUS dan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM).
ALIRAN INTEGRASI menawarkan pengajian KELAS HAFAZAN, AKADEMIK KSSM, dan SUBJEK AGAMA DINIAH Kurikulum Bersepadu Diniah (KBD) di peringkat menengah rendah. Pelajar juga bakal menduduki ujian Thanawi kurikulum Azhariah di Tingkatan 4, dan SPM di Tingkatan 5.
.
ALIRAN TAHFIZ-PLUS mengkhususkan kelas TAHFIZ SEPENUH MASA dan menawarkan pembelajaran subjek-subjek utama antaranya BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, dan MATEMATIK manakala para pelajar dijangka akan menghafal sepenuhnya dalam masa 3 TAHUN sebelum mengikuti KELAS FAST TRACK SPM.
.
KELAS SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) menumpukan kepada para pelajar lepasan SPM bagi menyambung pengajian bidang agama dalam suasana pra-universiti. Pelajar berpeluang menguasai 3 bidang utama STAM iaitu BAHASA ARAB, SYARIAH & USULUDDIN. Di SMITA kami memiliki guru yang berpengalaman, fasiliti yang lengkap serta suasana pembelajaran yang kondusif bagi menyokong pembelajaran mereka.
.
MULAKAN LANGKAH ANAK ANDA DI SMITA !!! GENERASI PENERAJU MASA HADAPAN
.
Hubungi Terus @ Walk-In:
Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin
Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Teluk Intan Perak.
E-mel: smitalamin@yahoo.com
.
Tel (Pej): 05-6254333 | 05-6254334 | 05-6254335
Tel: 010-3152942 (Sir Hafiz) | 010-3152943 (Sir Izmer)
.
WhatsApp:
.
.
LAGI

SMITA BUKA PENDAFTARAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BERMULA 2022

UNTUK PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI 05-6254333 ATAU WHATSAPP DI TALIAN 0103152943

LAGI

SMITA TELAH MAJU SELANGKAH LAGI

SMITA TELAH MAJU SELANGKAH LAGI!
----------------TAHFIZ PLUS 2022--------------------
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHFIZ PLUS DIBUKA SEKARANG!!
Alhamdulillah…
Rangkaian Sekolah SMITA , iaitu Maahad Tahfiz Mutiara di Terengganu telah memeterai bersama UNIVERSITI TATI di Kemaman Terengganu, Lebih membanggakan lagi, pelajar lepasan MTM tersebut Berjaya menjadi pelajar cemerlang SPM pada tahun 2020!. Darul Huffaz Tati Skill
Untuk Makluman semua.
Di SMITA kami turut membentuk pembangunan akhlak pelajar kami disamping pembelajaran subjek akademik sebagai persediaan untuk program FAST TRACK ke IPT Terpilih
Daftarkan anak anda ke tahfiz kami..
Kami akan pastikan pembelajaran anak anda seronok dengan kami untuk mendalami ilmu Al-Quran
- Kelas Hafazan 30 Juzuk
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Matematik
- Harfiah (Pembelajaran Memahami Al-Quran
- Critical Thinking
- Character Development
Maklumat lanjut boleh hubungi @ Walk-In:
.
E-mel: admin@smita.edu.my
Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al Amin
Kampung Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Teluk Intan Perak
Atau ingin tahu dengan lebih cepat dan lebih mudah terus tekan Whatsapp kepada kami di talian
Telefon: +010-3152942 ( Hafiz) / + 6010-3152943 (Izmer)
WhatsApp - Klik pada pautan berikut:
SMITA dah buka PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI TAHUN 2022 ya. Tawaran dibuka bagi kemasukan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, untuk pelajar LELAKI DAN PEREMPUAN.
Mohon disebarkan ya 😉 Terima kasih.
Assalamualaikum.
LAGI

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) UNTUK GURU, STAF, DAN SEMUA PELAJAR

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setakat tarikh ini ( 4 Oktober 2021 ) SMITA telah mencatatkan 100% guru dan staf telah menerima suntikan vaksin bagi persediaan pembukaan sekolah bila-bila masa apabila Negeri Perak bertukar ke Fasa 3 nanti.

Manakala mengikut rekod yang pihak sekolah perolehi, 80% pelajar menengah atas SMITA (16 tahun dan 17 tahun) telah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama dos vaksin Covid-19 di bawah PICK (Remaja)

Semoga kita semua diberi perlindungan dari sebarang bencana khususnya wabak Covid-19, dan SMITA dapat beroperasi seperti sediakala. InshaaAllah.

 

LAGI

RAYUAN INFAQ RAMADAN 1442H/ 2021

INFAQ RAMADHAN SMITA -
1. Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin meneruskan agenda meneraju ummah dengan mengadakan Program Iftar yang bakal berlangsung 24 April 2021 ( Sabtu ) nanti.
2. Dalam majlis ini, sumbangan berbentuk wang dan pek makanan akan diserahkan kepada 40 buah rumah sekitar SMITA.
3. Kami membuka peluang serta mengalu-alukan sumbangan dari sekalian budiman lagi dermawan untuk turut serta dan sama menyumbang bagi menjayakan rencana ini.
4. Selain Program Iftar, SMITA turut bercadang mengumpul dana bagi mengadakan peralatan mengajar seperti set LCD Projektor, kamera digital, dan komputer riba bagi mendokong perkembangan pendidikan arus perdana, wacana melahirkan insan ruhany yang terdidik dengan teknologi semasa.
5. Semoga setiap sumbangan para budiman yang dermawan sekalin bakal menyokong kemajuan institusi pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang lagi.
Terima kasih.
Salam Ramadhan Buat Semua
SMITA - MENERAJU PERUBAHAN BERLANDASKAN KEBENARAN.
056254333 | 056254334 | 056254335 | (office) 0166054335 (mobile/whatsapp)
.
#Biasiswa/tajaanBelajarTahfiz
LAGI


TAWARAN TAJAAN

TAWARAN BIASISWA / TAJAAN BELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ AL-AMIN, CHENDERONG BALAI, TELUK INTAN PERAK.
 
 
SMITA sedang membuka tawaran BIASISWA / TAJAAN kemasukan bagi tahun 2021 untuk pelajar LELAKI dan PEREMPUAN yang sangat memerlukan akibat terjejas dengan penularan COVID 19.
 
Ibu ayah semua, adakah anda tersenarai seperti di bawah:
1. Ingin mendaftarkan anak ke Asrama Penuh Tingkatan 1 – 5 bagi sesi 2021
2. Ingin menghantar anak lepasan Tahfiz untuk ambil SPM (Fast Track )
3. Ingin anak anda menguasai Akademik & penghafalan Al-Quran
4. Ingin anak anda mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
5. Ingin anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum
6. Ingin anak anda berkeyakinan diri dan boleh berfikiran kritikal
7. Ingin anak anda berakhlak terpuji dan beramal soleh
 
Boleh hubungi kami @ atau datang terus (Walk-In)
.
--> WhatsApp - https://bit.ly/2SW9kqM
--> Pejabat Sekolah - +6056254333 / 334 / 335 En Azlan / Pn Aliah
--> Klik untuk Pendaftaran - https://bit.ly/2WVlIZN 
.
LAGI

PENDAFTARAN SMITA BAGI KEMASUKAN 2021

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

.

SMITA telahpun menerima kedatangan pelajar-pelajar baru bagi sesi 2021 bagi tujuan pendaftaran. InshaaAllah pendaftaran masih dibuka bagi kemasukan pelajar lelaki dan perempuan, pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

.

TAWARAN BIASISWA / TAJAAN BELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ AL-AMIN, CHENDERONG BALAI, TELUK INTAN PERAK.
 
 
SMITA sedang membuka tawaran BIASISWA / TAJAAN kemasukan bagi tahun 2021 untuk pelajar LELAKI dan PEREMPUAN yang sangat memerlukan akibat terjejas dengan penularan COVID 19.
 
Ibu ayah semua, adakah anda tersenarai seperti di bawah:
1. Ingin mendaftarkan anak ke Asrama Penuh Tingkatan 1 – 5 bagi sesi 2021
2. Ingin menghantar anak lepasan Tahfiz untuk ambil SPM (Fast Track )
3. Ingin anak anda menguasai Akademik & penghafalan Al-Quran
4. Ingin anak anda mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
5. Ingin anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum
6. Ingin anak anda berkeyakinan diri dan boleh berfikiran kritikal
7. Ingin anak anda berakhlak terpuji dan beramal soleh
 
Boleh hubungi kami @ atau datang terus (Walk-In)
.
--> WhatsApp - https://bit.ly/2SW9kqM
--> Pejabat Sekolah - +6056254333 / 334 / 335 En Azlan / Pn Aliah
--> Klik untuk Pendaftaran - https://bit.ly/2WVlIZN 
.
LAGI

ULANGTAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK.

Dirgahayu Tuanku.
SMITA dengan penuh hormat dan takzimnya, mewakili seluruh warga sekolah, merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah
.
Sempena Ulangtahun Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
LAGI

MEMO SEMPENA KEADAAN WABAK COVID19 TERKINI

Assalamualaikum ibubapa yang selalu diingati.
.
Pihak sekolah memandang serius penularan Covid-19 yang semakin sukar dikawal akhir-akhir ini. Lebih menyedihkan, terdapat beberapa sekolah kerajaan dan swasta yang telah ditutup berikutan terdapat staf atau pelajar yang positif. Mengejutkan juga apabila ada sekolah yang merekodkan bilangan kes yang banyak.
.
Kami di SMITA sedaya upaya membendung dan mencegah penularan melalui pematuhan SOP sedaya mungkin, dan walhasil Alhamdulillah setakat ini tidak merekodkan sebarang kes positif. thumma Alhamdulillah. Mohon doa semua agar keadaan yang stabil ini berterusan sehingga wabak berakhir.
.
Justeru, pihak sekolah telah memuktamadkan untuk *tidak membenarkan* sebarang bentuk *lawatan* atau bawa *pulang* pelajar atas sebarang urusan.
.
Sekiranya ibubapa berhajat menghantar bekalan *wang belanja*, boleh berbuat demikian dengan cara transfer ke akaun SMITA (akaun bayar yuran) :
Maybank 558060504535
dan kemudian maklumkan kepada kami di talian 056254333 / 056254334.
.
Sekiranya ibubapa bercadang untuk menghantar makanan ringan, boleh berbuat demikian dengan cara mengepos ke alamat SMITA. Pastikan Tuan Puan menulis juga nama anak supaya boleh disampaikan.
.
*contoh*
Aiman Hakim
Pt 5/7R, Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, Kg Pengkalan Ara, Chenderong Balai 36600, Teluk Intan, Perak
 
.
Bungkusan yang Tuan Puan hantar secara pos akan diperiksa sebelum diserahkan kepada pelajar (prosedur biasa).
Sebarang soalan berkenaan ini boleh diajukan kepada kami, inshaaAllah akan dijawab sesegera mungkin.
.
Sekian. Assalamualaikum
.
 
 
 
 
LAGI

WHY CONFIDENCE BUILDING IS IMPORTANT FOR STUDENTS ???

(English Version)

WHY CONFIDENCE BUILDING IS IMPORTANT FOR STUDENTS ???

Tuan Hj. Zainuddin Alang Mamat
Pengarah Kumpulan Sekolah Al-Nidaa’

 A quick glimpse at the current position of Malays will expose amongst others:

1. Despite a whole host of affirmative actions in over forty years, Malays lag far behind the Chinese economically. Malays tend to flock to government service and shy away from the private sector except in government linked companies.

2. Politically, although still in power the Malays are hopelessly fragmented as opposed to the solidly united DAP. And it is no longer possible to identify what Malay parties stand for save for power grabbing and making quick money.

3. For a long time it has been known that corruption has been rampant both in politicians and the public service, 1MDB being the mother of them all so much so Malaysia is now known to the world as cleptocratic.

4. In the social sphere Malays are dominant, if not almost monopolistic, in drug addiction, rempit, snatch thefts, baby dumping, bullying at schools, even at tahfizes.

5. And all these vices taking place despite the prominance of Islamic studies in public schools, a plethora of Islamic institutions, mushrooming tahfizes and sekolah agama rakyat and the ever-increasing barrage of Islamic dakwah through all media.

7. Over 90% of public-school students are Malays with Chinese and Indians preferring vernacular schools. Coincidentally Malaysia ranked no. 52 out of 65 countries in the 2012 PISA rankings.  And the disproportionately high percentages of bumiputra students in public universities since the Dasar Ekonomi Baru era has coincided with low rankings of those universities as well as increasing numbers of unemployed Malay graduates.

If not correctly addressed the position of Malays will slide further till they are relegated to the fringes of mainstream Malaysian life in their own country, originally called  Persekutuan Tanah Melayu. That fate will become reality if the quality of Malays continues to deteriorate.  And because the only remaining strength of Malays is in politics, the future of Malays depends precipitously on the mentality of Malay politicians.

Failure to achieve the objectives of the New Economic Policy (NEP) and subsequent other affirmative programs is suggestive of a mistaken strategy to help the economic status of Malays. Allocating Malays shares, giving them grants and loans, awarding them contracts, APs, giving university places even to those who were not qualified before they were mentally and psychologically ready led to misuses and abuses that nullify whatever intended effect.  There were many horror stories of those misuses and abuses.  But then they are history.  What now?

Because the Malays’ lack of progress was so pervasive, its cause must be so fundamental. The flaw must be true of most if not all Malays.

In my opinion that flaw is weakness of the Malay mind. That weakness covers shortfalls in intellectual, psychological and spiritual understanding.  It is represented by an inability to understand the meaning, application and personal implications of an information, knowledge or happening.  Attitudes and judgements are heavily influenced by emotions and prejudices.  The consequences of this mental deficit are far reaching.  It leads to very limited reflection, introspection and internalisation, which in turn lead to a lack of motivation to respond to external changes and developments, to change and to improve oneself.  Lost from such minds will be the difference between important and trivial, right and wrong, cause and effect, profit and loss and all essential judgements for a successful life, both in this world and the hereafter.  This in essence is the cause that has led to our relative stagnance.

I, therefore, strongly believe the way out of this quandary is to develop in the Malays the skill of critical thinking. Critical thinking will alleviate the Malays to promote curiosity, form well-informed opinions, allow for creativity, make better decisions, improve relationships, become better citizens and most of all better muslims.

As critical thinking is in the education domain, it should be taught in our schools, colleges and universities and ideally promoted extensively through printed and electronic media, forums, seminars and conventions both by the government and private sector till it is rooted in the minds of all Malaysians young and old.

Sadly, for decades the Malaysian education system has not promoted critical thinking but has been rote learning in nature in support of an excessive exam orientation. However, in 2013 the Ministry of Education has through the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 embarked on High Order Thinking Skill (HOTS) or Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) but unfortunately only obliquely through exam questions. No actions have been taken to teach students the techniques of critical thinking so that students do not erroneously associate critical thinking with examinations only.  The mode of thinking must be adopted as a way of life.  Though having some positive impact, including for instance an improved PISA ranking to 48 in 2018, the full benefits of the change will take a generation if not more.  Development of critical thinking is not the exclusive responsibility of schools but parents play an equal if not a more important role.  Good thinking habits can be developed from tender ages and should always be practised in a family.  So until parents themselves are critical thinkers it is difficult to expect children to be adapt at thinking critically.

But the long-drawn-out previous education policies have indelibly stamped their damage on Malaysians, especially the Malays as referred to above.

In schools, this damage takes many forms. After six years of primary education, many students still cannot string an English sentence properly.  Their vocabulary is extremely limited and grammar haywire and yet they have no interest in reading even with rigorous advice.  They cannot describe simple physical things, what more abstract things including their feelings.  Many cannot add double or even single digits without the use of a calculator.  Most do not volunteer to answer a teacher’s question, what more to ask one.  When asked if they understand what is taught most often there is a loud silence or a meek yes.  Very seldom would someone in a class offer an opinion much less respond to one.

When such students become adults will they be capable of fighting for and defending the interests of Malay?

Such passive minds, perhaps, are either caused by or result in, low self-esteem. Most students display excessive shyness and timidity in settings other than familiar personal relations.  This timidity and poor learning are a vicious cycle.  Because they are shy their studies are poor, which is turn led to lower self-esteem.

It is this negative state of mind that needs special school attention well beyond mere encouragement and advice. Through systematic coaching, students can be transformed from timidity to self-confidence.  Schools must develop a curriculum in confidence building, what in my schools is called Character Development, and offer it as a separate subject just like maths and science, only a lot more important.  The building of self-confidence is inextricably linked to critical thinking and communication.  Each will need and strengthen the other.  In my schools, Character Development is taught in forms 1,2, and 3 by me personally.  The subject is most effective if taught in 21st century active learning environment.  If properly executed it will produce students who will break free from the shackles of shyness and timidity, who will participate actively in class and are equally active in co-curricular activities, and are more sociable.

To safeguard the interest of the Malays in their own land in the future schools need to produce students who are confident, who think critically, and who are conversant in languages.

This is why confidence building should be taught in every primary and secondary schools.

 


 Terms & Condition:
The views & content stated do not necessarily reflect the school’s stance. It is in the capacity of the author of the article itself as opinion & suggestion to give an overview and benefit to the reader.


 (Versi Bahasa)

 

KENAPA MEMBINA KEYAKINAN DIRI PENTING UNTUK PELAJAR ???

Tuan Hj. Zainuddin Alang Mamat
Pengarah Kumpulan Sekolah Al-Nidaa’

 Sekilas pandang mengenai kedudukan orang Melayu pada hari ini yang mendedahkan kepada beberapa perkara antaranya: 

1. Walaupun berbagai tindakan bantuan telah diusahakan selama hampir lima puluh tahun, orang Melayu masih ketinggalan jauh di belakang orang Cina di bidang ekonomi. Orang Melayu lebih tertarik bekerja dengan kerajaan dan menyegani kerja-kerja di sektor swasta, kecuali di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

2. Di bidang politik, walaupun masih lagi memegang tampuk kuasa, orang Melayu teramat berpecah belah berbanding dengan warga Cina yang bersatu dibelakang DAP. Dan kini tidak dapat dikenali apa perjuangan parti-parti politik Melayu sebenarnya kecuali perebutan kuasa dan pengisian poket.

3. Telah lama diketahui bahawa rasuah berleluasa dikalangan ahli-ahli politik dan di dalam khidmat awam, dengan 1MDB berskala gergasi yang melonjakkan Malaysia sebagai negara kleptokrasi terulung dimata dunia.

4. Di bidang sosial pula bangsa Melayu dominan, jika tidak pun monopoli, dalam penagihan dadah, rempit, ragut, pembuangan bayi, buli di sekolah-sekolah malah di maahad tahfiz.

5. Dan semua ini berlaku walaupun pendidikan Islam bertambah menonjol di sekolah-sekolah awam, berbagai institusi Islam, Tahfiz dan sekolah agama rakyat yang tumbuh seperti cendawan dan beraneka program dakwah bercambah melalui semua media.

6. Lebih dari 90% pelajar sekolah-sekolah awam adalah Melayu dengan ibubapa Cina dan India lebih mempercayakan pendidikan anak-anak mereka kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan atau sekolah swasta. Kebetulan Malaysia menduduki tempat ke 52 dari 65 buah negara yang meyertai penarafan PISA pada tahun 2012.  Dan peratusan bumiputra yang amat tinggi di universiti-universiti awam sejak era Dasar Ekonomi Baru dahulu berkebetulan dengan taraf universiti-universiti itu yang rendah serta bertambahnya bilangan pengangguran dikalangan graduan Melayu.

Jika tidak ditangani, kedudukan orang-orang Melayu akan bertambah meruncing sehingga mereka akan terpelosok ke pinggiran kehidupan arus perdana di negara mereka sendiri, yang asalnya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Nasib itu akan jadi realiti jika kualiti orang Melayu terus menurun.  Dan oleh kerana kekuatan orang Melayu tinggal dalam bidang politik sahaja, maka masa hadapan orang-orang Melayu bergantung genting kepada mentaliti politikus Melayu.

Kegagalan mencapai tujuan-tujuan Dasar Ekonomi Baru dan program-program bantuan selepasnya membayangkan strategi tersilap bagi membela status ekonomi Bumiputra. Memperuntukkan saham-saham kepada mereka, memberi mereka modal atau pinjaman, menganugerahkan mereka kontrak dan AP, memberi tempat di universiti-universiti yang banyak, termasuk kepada mereka yang tidak layak sebelum mereka bersedia secara mental, psikologi dan rohani mengakibatkan salah guna dan pecah amanah yang menggagalkan semua tujuan murni dasar-dasar bantuan itu.  Amat banyak cerita-cerita seram dan ngeri yang terdengar berhubung salah laku demikian.  Tetapi tinggalkanlah semua itu dalam lipatan sejarah.  Kini bagaimana?

Oleh kerana ketertinggalan orang-orang Melayu begitu menyeluruh, penyebabnya mesti bersifat fundamental. Punca masalahnya mesti benar bagi kebanyakan Bumiputra, jika tidak pun semua.

Dalam pandangan saya punca itu adalah kelemahan minda. Kelemahan itu meliputi kekurangan pemahaman dalam intelek, psikologi dan rohani dalam bentuk kelemahan memahami makna, aplikasi dan implikasi sesuatu maklumat, ilmu atau peristiwa.  Persepsi, sikap dan keputusan-keputusan dipengaruhi kuat oleh emosi dan prejudis.  Akibat dari kelemahan mental ini amat meluas dan parah.  Ia mengkaburkan pandangan kepada perubahan-perubahan dan trenda persekelilingan, yang menumpulkan motivasi perubahsuaian dan penambahbaikan diri.  Minda demikian tidak dapat membezakan tunjang dan ranting, usul dan furuk, hak dan batil, baik dan buruk, sebab musabab, untung dan rugi dan lain-lain pertimbangan yang perlu dalam kejayaan hidup, didunia ini mahupun di akhirat.

Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya jalan keluar dari keadaan buruk ini adalah membina dalam minda Melayu kemahiran berfikir kritikal. Pemikiran kritikal akan memupuk jiwa ingin tahu, membentuk pandangan-pandangan yang lebih berasas, meningkatkan daya cipta, menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih baik, memurnikan perhubungan, jadi warganegara yang lebih baik dan lebih penting jadi muslim yang lebih sejati.

Oleh kerana pemikiran kritikal berada dalam ruang lingkup pendidikan, ia sepatutnya diajar di sekolah, maktab, universiti dan sebaik-baiknya dipromosikan dengan luas oleh kerajaan dan sektor swasta melalui media cetak dan elektronik, forum, seminar, persidangan sehingga ia tertanam subur dalam minda semua warga, tua dan muda.

Malangnya, berdekad-dekad sistem pendidikan Malaysia tidak mempromosi pemikiran kritikal tetapi bersifat rote learning yang mendasari orientasi peperiksaan yang keterlaluan. Namun demikian dalam 2013 Kementerian Pendidikan melalui Malaysia Education Blueprint 2013-2025 telah memasukkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ke dalam sistem pendidikan mereka.  Malangnya inovasi ini terhad kepada memasukkan ke dalam peperiksaan sebahagian soalan-soalan yang mesti dijawab dalam bentuk karangan yang memerlukan pemikiran.  Tiada sebarang usaha menyeluruh mengajar teknik-teknik pemikiran, yang mungkin menyebabkan pelajar-pelajar menyalah erti bahawa KBAT itu dikaitkan dengan peperiksaan sahaja.  KBAT mestilah diamalkan sebagai satu cara hidup.  Walaupun telah menghasilkan sedikit impak positif, termasuk contohnya ranking PISA bertambah baik ditangga 48 dalam tahun 2018, manfaat penuh perubahan ini akan hanya dikecapi dalam masa satu generasi atau lebih.  Pembinaan daya fikir kritikal bukan tanggungjawab sekolah semata-mata tetapi ibubapa memainkan peranan sama jika tidak pun pebih penting.  Tabiat pemikiran yang baik boleh dipupuk dari umur awal seorang kanak-kanak dan hendaklah sentiasa diamalkan dalam keluarga.  Jadi sehingga ibubapa sendiri pengamal pemikiran kritikal bagaimana kita boleh mengharapkan kanak-kanak biasa berfikir kritikal.

Sambil itu sistem pendidikan lama telah mengakibatkan kesan-kesan negatif yang parah dikalangan warga, terutamanya orang-orang Melayu seperti dinyatakan di atas.

Di sekolah kesan-kesan negatif ini mengambil sifat yang berbagai. Selepas enam tahun pendidikan rendah, ramai pelajar masih tidak boleh menyebut satu ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul.  Perbendaharaan kata mereka amat terhad, nahu berteraburan dan yang menyedihkan ialah mereka tiada minat membaca walaupun dinasihatkan berulang kali.  Mereka tidak mampu memperihalkan objek-objek fizikal apatah lagi benda-benda abstrak termasuk perasaan mereka.  Ramai tidak boleh mencampur atau menolak angka dua digit, malah satu digit, tanpa menggunakan kalkulator.  Kebanyakan pelajar tidak menjawab soalan guru apatah lagi bertanya.  Apabila ditanya samada faham atau tidak sesuatu yang diajar, semua senyap atau kata “ya” yang lemah.  Amat jarang adanya seseorang yang menyatakan pandangan apatah lagi merespon kepada satu.

Apabila pelajar-pelajar demikian menjadi dewasa, boleh kah diharapkan mereka memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan Melayu?

Minda pasif sedemikian mungkin disebabkan oleh, atau mengakibatkan, keyakinan diri yang rendah (low self-esteem). Kebanyakan pelajar, sekurang-kurangnya didalam kelas menunjukkan sifat segan dan malu yang keterlaluan yang menyekat mereka dari meraih sepenuhnya potensi belajar semulajadi yang dianugerah Allah.  Kerendahan yakin diri ini dan kelemahan daya belajar adalah satu vicious cycle.  Oleh kerana mereka segan dan malu pelajaran mereka lemah, yang pula merendahkan keyakinan diri.

Keadaan minda beginilah yang memerlukan perhatian sekolah melepasi nasihat dan kata-kata semangat. Melalui bimbingan yang sistematik pelajar boleh diubah dari bersifat malu dan segan kepada kepercayaan diri yang tinggi.  Sekolah mesti membina kurikulum dalam pembinaan keyakinan, apa yang disekolah-sekolah saya dipanggil Character Development, dan tawarkannya sebagai satu mata pelajaran tersendiri seperti Matematik dan Sains, hanya jauh lebih penting.  Pembinaan keyakinan diri berkaitan amat rapat, dan tidak boleh dipisahkan dengan pemikiran kritikal serta kemahiran berbahasa. Yang satu memerlukan dan mengukuh yang lain.  Di sekolah-sekolah saya Character Development diajar dalam Tingkatan 1, 2 dan 3 oleh saya sendiri.  Subjek ini amat berkesan jika diajar dalam kerangka pelajaran aktif abad ke 21.  Jika dilaksana dengan tepat ia akan menghasilkan pelajar yang akan membebaskan diri dari belenggu malu dan segan dan yang akan mengambil bahagian aktif dalam kelas dan begitu jua di aktiviti-aktiviti ko-kurikulum serta lebih pintar bergaul.

Bagi menjaga kepentingan orang Melayu ditanah tumpah darah mereka sendiri dimasa hadapan, sekolah-sekolah kena mengeluarkan pelajar-pelajar yang berkepercayaan diri tinggi, yang berfikiran kritikal dan mahir berbahasa.

Inilah sebabnya kenapa pembinaan keyakinan diri penting diajar di setiap sekolah Menengah & Rendah.

 


 Terma & Syarat:
Pandangan & kandungan yang dinyatakan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak sekolah. Ia adalah atas kapasiti penulis artikel itu sendiri sebagai pendapat & cadangan untuk memberi gambaran serta kemanfaatan kepada pembaca.


 

LAGI

WORLD MENTAL HEALTH DAY 2020

WORLD MENTAL HEALTH DAY
10 OKTOBER 2020
 
SMITA menilai keadaan sekarang adalah cukup serius, di mana dalam masa cukup singkat, bilangan pesakit yang dikesan positif Covid-19 semakin bertambah kian hari.
 
SMITA sebagai sebuah institusi pendidikan menengah turut terkesan dengan keadaan ini, menyebabkan kami sentiasa meningkatkan kesedaran dan penguatkuasaan amalan SOP COVID-19 seperti yang telah digariskan.
 
Sedar tidak sedar, petugas frontliners, di hospital, atau di lapangan terdedah dengan satu lagi risiko yang sukar dikesan, iaitu terjejasnya kesihatan mental ketika bertugas. Keadaan ini sering dirujuk sebagai "burnout".
 
Justeru pihak sekolah sentiasa mendoakan dengan doa yang tulus, agar semua frontliners, khususnya di kawasan PKPD terus diberi kekuatan fizikal, mental, dan rohani, demi menghadapi wabak ini. Ini termasuk sebahagian ibubapa dan waris pelajar yang turut berada di barisan hadapan (menghadapi wabak).
 
Tentang ini (MENTAL HEALTH) telah disebutkan oleh Allah sebagai kekurangan jiwa dalam ayat berikut;
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
(155: البقرة)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
 
Sempena WORLD MENTAL HEALTH DAY yang disambut pada 10 Oktober lalu, SMITA mendoakan kita semua diberi kesihatan mental dan fizikal yang kental demi menghadapi hari-hari mendatang.
 
Amiin. Assalamualaikum.
LAGI

SMITA TERIMA WAKAF REHAL

MashaaAllah gembiranya kami #teamsmita dan #anakanaksoleh SMITA dengan tibanya 40 unit rehal yang bakal digunakan oleh anak-anak ketika kelas tasmik pagi dan waktu mengulang hafalan dan hafalan baru selepas maghrib dan sebelum subuh.

Pastinya anak-anak SMITA lebih selesa selepas ni.

Kami warga SMITA mendoakan pewakaf, diberi afiyah, disempurnakan segala hajat yang baik, dimudahkan urusan, dan mendapat balasan ganjaran yang berlipat, Amiin. Yang membaca pun boleh aminkan ya. 😁

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

#smitatahfiz
#anakanaksmitatahfizhebat
#smitatahfizakademik
#tahfizalaminchenderongbalai
#sekolahintegrasitahfiz
#ustaz
#wakaf

LAGI


KULIYAH HARI MALAYSIA 2020

KULIYAH MAGHRIB SEMPENA HARI MALAYSIA
 
Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah telah diadakan kuliyah maghrib di Surau Al-Amin antara maghrib dan isyak kelmarin bagi mengupas tajuk Ummah Rabbani; Peranan Thalib Al-Ilmi. Ia adalah sebagai memperingati dan memantapkan pemahaman pelajar berkenaan pembentukan Malaysia 1963, mensyukuri nikmat kemerdekaan, dan peranan serta kefardhuan menjaga negara dalam konteks seorang penuntut ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Sahibul Anwar.
 
Menjunjung gagasan visi SMITA bagi "Melahirkan Muslim Syumul", pihak sekolah progresif menerapkan nilai-nilai murni sebagai seorang warganegara. Berpaksikan hasrat tersebut, pihak sekolah sentiasa menjalankan program-program tarbiyah berterusan secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai tujuan tersebut.
Semoga sedikit sebanyak program ini dapat membimbing #anakanaksolehsmita menjadi insan penerus kegemilangan negara.
 
LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News


Image Banner