ULANGTAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK.

DIRGAHAYU TUANKU.
SMITA DENGAN PENUH HORMAT DAN TAKZIMNYA, MEWAKILI SELURUH WARGA SEKOLAH, MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH
.
SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.
LAGI

ULANGTAHUN KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK.

DIRGAHAYU TUANKU.
SMITA DENGAN PENUH HORMAT DAN TAKZIMNYA, MEWAKILI SELURUH WARGA SEKOLAH, MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH
.
SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.
LAGI

MEMO SEMPENA KEADAAN WABAK COVID19 TERKINI

ASSALAMUALAIKUM IBUBAPA YANG SELALU DIINGATI.
.
PIHAK SEKOLAH MEMANDANG SERIUS PENULARAN COVID-19 YANG SEMAKIN SUKAR DIKAWAL AKHIR-AKHIR INI. LEBIH MENYEDIHKAN, TERDAPAT BEBERAPA SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA YANG TELAH DITUTUP BERIKUTAN TERDAPAT STAF ATAU PELAJAR YANG POSITIF. MENGEJUTKAN JUGA APABILA ADA SEKOLAH YANG MEREKODKAN BILANGAN KES YANG BANYAK.
.
KAMI DI SMITA SEDAYA UPAYA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH PENULARAN MELALUI PEMATUHAN SOP SEDAYA MUNGKIN, DAN WALHASIL ALHAMDULILLAH SETAKAT INI TIDAK MEREKODKAN SEBARANG KES POSITIF. THUMMA ALHAMDULILLAH. MOHON DOA SEMUA AGAR KEADAAN YANG STABIL INI BERTERUSAN SEHINGGA WABAK BERAKHIR.
.
JUSTERU, PIHAK SEKOLAH TELAH MEMUKTAMADKAN UNTUK *TIDAK MEMBENARKAN* SEBARANG BENTUK *LAWATAN* ATAU BAWA *PULANG* PELAJAR ATAS SEBARANG URUSAN.
.
SEKIRANYA IBUBAPA BERHAJAT MENGHANTAR BEKALAN *WANG BELANJA*, BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN CARA TRANSFER KE AKAUN SMITA (AKAUN BAYAR YURAN) :
MAYBANK 558060504535
DAN KEMUDIAN MAKLUMKAN KEPADA KAMI DI TALIAN 056254333 / 056254334.
.
SEKIRANYA IBUBAPA BERCADANG UNTUK MENGHANTAR MAKANAN RINGAN, BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN CARA MENGEPOS KE ALAMAT SMITA. PASTIKAN TUAN PUAN MENULIS JUGA NAMA ANAK SUPAYA BOLEH DISAMPAIKAN.
.
*CONTOH*
AIMAN HAKIM
PT 5/7R, SEKOLAH MENENGAH ISLAM TAHFIZ AL-AMIN, KG PENGKALAN ARA, CHENDERONG BALAI 36600, TELUK INTAN, PERAK
 
.
BUNGKUSAN YANG TUAN PUAN HANTAR SECARA POS AKAN DIPERIKSA SEBELUM DISERAHKAN KEPADA PELAJAR (PROSEDUR BIASA).
SEBARANG SOALAN BERKENAAN INI BOLEH DIAJUKAN KEPADA KAMI, INSHAAALLAH AKAN DIJAWAB SESEGERA MUNGKIN.
.
SEKIAN. ASSALAMUALAIKUM
.
 
 
 
 
LAGI

WORLD MENTAL HEALTH DAY 2020

WORLD MENTAL HEALTH DAY
10 OKTOBER 2020
 
SMITA MENILAI KEADAAN SEKARANG ADALAH CUKUP SERIUS, DI MANA DALAM MASA CUKUP SINGKAT, BILANGAN PESAKIT YANG DIKESAN POSITIF COVID-19 SEMAKIN BERTAMBAH KIAN HARI.
 
SMITA SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN MENENGAH TURUT TERKESAN DENGAN KEADAAN INI, MENYEBABKAN KAMI SENTIASA MENINGKATKAN KESEDARAN DAN PENGUATKUASAAN AMALAN SOP COVID-19 SEPERTI YANG TELAH DIGARISKAN.
 
SEDAR TIDAK SEDAR, PETUGAS FRONTLINERS, DI HOSPITAL, ATAU DI LAPANGAN TERDEDAH DENGAN SATU LAGI RISIKO YANG SUKAR DIKESAN, IAITU TERJEJASNYA KESIHATAN MENTAL KETIKA BERTUGAS. KEADAAN INI SERING DIRUJUK SEBAGAI "BURNOUT".
 
JUSTERU PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENDOAKAN DENGAN DOA YANG TULUS, AGAR SEMUA FRONTLINERS, KHUSUSNYA DI KAWASAN PKPD TERUS DIBERI KEKUATAN FIZIKAL, MENTAL, DAN ROHANI, DEMI MENGHADAPI WABAK INI. INI TERMASUK SEBAHAGIAN IBUBAPA DAN WARIS PELAJAR YANG TURUT BERADA DI BARISAN HADAPAN (MENGHADAPI WABAK).
 
TENTANG INI (MENTAL HEALTH) TELAH DISEBUTKAN OLEH ALLAH SEBAGAI KEKURANGAN JIWA DALAM AYAT BERIKUT;
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
(155: البقرة)
DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT PERASAAN TAKUT (KEPADA MUSUH) DAN (DENGAN MERASAI) KELAPARAN, DAN (DENGAN BERLAKUNYA) KEKURANGAN DARI HARTA BENDA DAN JIWA SERTA HASIL TANAMAN. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR.
 
SEMPENA WORLD MENTAL HEALTH DAY YANG DISAMBUT PADA 10 OKTOBER LALU, SMITA MENDOAKAN KITA SEMUA DIBERI KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG KENTAL DEMI MENGHADAPI HARI-HARI MENDATANG.
 
AMIIN. ASSALAMUALAIKUM.
LAGI

SMITA TERIMA WAKAF REHAL

MASHAAALLAH GEMBIRANYA KAMI #TEAMSMITA DAN #ANAKANAKSOLEH SMITA DENGAN TIBANYA 40 UNIT REHAL YANG BAKAL DIGUNAKAN OLEH ANAK-ANAK KETIKA KELAS TASMIK PAGI DAN WAKTU MENGULANG HAFALAN DAN HAFALAN BARU SELEPAS MAGHRIB DAN SEBELUM SUBUH.

PASTINYA ANAK-ANAK SMITA LEBIH SELESA SELEPAS NI.

KAMI WARGA SMITA MENDOAKAN PEWAKAF, DIBERI AFIYAH, DISEMPURNAKAN SEGALA HAJAT YANG BAIK, DIMUDAHKAN URUSAN, DAN MENDAPAT BALASAN GANJARAN YANG BERLIPAT, AMIIN. YANG MEMBACA PUN BOLEH AMINKAN YA. 😁

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

MAFHUMNYA :-

“ BANDINGAN ( PAHALA ) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTA MEREKA PADA JALAN ALLAH SEUMPAMA SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI DAN TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA TERDAPAT SERATUS BIJI. DAN INGATLAH ALLAH AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DAN ALLAH MAHA LUAS ( KURNIANYA ) LAGI MAHA MENGETAHUI”.

( SURAH AL-BAQARAH AYAT 261 )

#SMITATAHFIZ
#ANAKANAKSMITATAHFIZHEBAT
#SMITATAHFIZAKADEMIK
#TAHFIZALAMINCHENDERONGBALAI
#SEKOLAHINTEGRASITAHFIZ
#USTAZ
#WAKAF

LAGI

KULIYAH HARI MALAYSIA 2020

KULIYAH MAGHRIB SEMPENA HARI MALAYSIA
 
ASSALAMUALAIKUM.
 
ALHAMDULILLAH TELAH DIADAKAN KULIYAH MAGHRIB DI SURAU AL-AMIN ANTARA MAGHRIB DAN ISYAK KELMARIN BAGI MENGUPAS TAJUK UMMAH RABBANI; PERANAN THALIB AL-ILMI. IA ADALAH SEBAGAI MEMPERINGATI DAN MEMANTAPKAN PEMAHAMAN PELAJAR BERKENAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963, MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN, DAN PERANAN SERTA KEFARDHUAN MENJAGA NEGARA DALAM KONTEKS SEORANG PENUNTUT ILMU YANG DISAMPAIKAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN, USTAZ SAHIBUL ANWAR.
 
MENJUNJUNG GAGASAN VISI SMITA BAGI "MELAHIRKAN MUSLIM SYUMUL", PIHAK SEKOLAH PROGRESIF MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI SEBAGAI SEORANG WARGANEGARA. BERPAKSIKAN HASRAT TERSEBUT, PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENJALANKAN PROGRAM-PROGRAM TARBIYAH BERTERUSAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT.
SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK PROGRAM INI DAPAT MEMBIMBING #ANAKANAKSOLEHSMITA MENJADI INSAN PENERUS KEGEMILANGAN NEGARA.
 
LAGI

HARI KELUARGA SMITA 2020

ASSALAMUALAIKUM.
 
SAMBUTAN MERDEKA KE 63 DI SMITA?
 
BEGINI JADINYA BILA KAMI MERAIKAN #MERDEKA2020 😁😁😅. HARI KELUARGA GURU-GURU DAN STAF-STAF SMITA BAGI TAHUN INI TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA DI RESORT AGROFARMSTAY AT SKILL-TECH, DURIAN TUNGGAL, MELAKA. 😍
 
HARI KELUARGA INI TURUT DISERTAI BERSAMA KELUARGA MASING-MASING, DENGAN KEHADIRAN ANAK-ANAK GURU DAN STAF YANG CUKUP MENGGAMATKAN SUASANA.
MALAM PERTAMA KAMI DI AGROFARMSTAY DIISI DENGAN UCAPAN TUAN PENGETUA, USTAZ MOHAMAD AKMAL AIDI. SETERUSNYA PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU DAN STAF TERBAIK BAGI SESI 2020 YANG MASING-MASING DISANDANG OLEH TEACHER NABILA DAN PUAN ALIAH. SETIAP GIRU JUGA MASING-MASING MENDAPAT HADIAH YANG DISUMBANGKAN OLEH SETIAP PESERTA HARI KELUARGA.
 
SELESAI AKTIVITI PENYERAHAN HADIAH, SEMUA PESERTA MENIKMATI HIDANGAN SET BBQ DI DEWAN TERBUKA ALAMANDA PADA MALAM TERSEBUT.
SUNGGUH AKTIVITI SEBEGINI MENGUATKAN IKATAN HUBUNGAN ANTARA AHLI KELUARGA SMITA DEMI MENGUKUHKAN LAGI #TEAMSMITA 😁.
 
LAGI

SAMBUTAN MAAL HIJRAH SMITA

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1442

ALHAMDULILLAH KITA DIANUGERAHI PELUANG UNTUK BERTEMU DENGAN TAHUN BARU HIJRAH, 1442 HIJRAH. SAMBUTAN MAAL HIJRAH YANG DIRAIKAN SABAN TAHUN SEBENARNYA ADALAH MANIFESTASI KECINTAAN #UMMAHRABBANI KEPADA SAYYIDIL ANBIYA NABI MUHAMMAD SAW. PERISTIWA HIJRAH SENDIRI MENGINGATKAN KITA,JERIH PAYAH BAGINDA DAN PARA SAHABAT MENEMPUH MEHNAH DAN TRIBULASI DEMI MENCAPAI MATLAMAT TERTINGGI, KEREDHAAN ILAHI. SESUAI DENGAN TEMA MAAL HIJRAH 1442, "UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI", ANTARA PENCAPAIAN AGUNG BAGINDA DAN SAHABATNYA RADHIALLAHU ANHUM IALAH KECEMERLANGAN MENGURUS TANAH YATHRIB MENJADI KOTA BERCAHAYA (MADINAH MUNAWWARAH) SEBAGAI SEBUAH #NEGARAHARMONI YANG HEBAT DARI SEGENAP SEGI, BAIK DARI SISTEM IBADAT, PEMERINTAHAN, PENDIDIKAN, AKHLAK, EKONOMI, KEKUATAN TENTERA, DAN KEMAMPUAN MENYEBARKAN IDEOLOGI TASLIM.

#SMITATAHFIZ MELETAKKAN HASRAT YANG TINGGI SESUAI MISI MELAHIRKAN ANAK-ANAK PELAJAR MENJADI MUSLIM SYUMUL SEINDAH PERIBADI SAHABAT DIDIKAN RASULULLAH, SETERUSNYA BERPOTENSI MENGUKIR KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN UNTUK ISLAM DAN MANUSIA. INSHAAALLAH.😁

ASSALAMUALAIKUM.


#SMITATAHFIZALAMIN
#SMITATAHFIZ
#SMITAINTEGRASITAHFIZ
#SMITATAHFIZAKADEMIK

😁

LAGI

KURSUS GURU – GURU SEKOLAH AL-NIDAA’ 2020

KURSUS PROFESIONALISMA BERKISAR MENGENAI HALATUJU DAN KAEDAH OPERASI SEKOLAH TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA DI CONFERENCE ROOM, SMITA. KURSUS INI BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI BERMULA 14 HINGGA 15 OGOS 2020 (JUMAAT DAN SABTU) DIJAYAKAN OLEH TUAN HAJI ZAINUDDIN BIN ALANG MAMAT SELAKU PENGARAH SMITA. IA TELAH DIHADIRI OLEH SEMUA GURU DAN STAF SMITA SEBAGAI SASARAN KURSUS.

KURSUS INI ADALAH SEBAGAI USAHA BERTERUSAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-NIDAA' MALAYSIA (AL-NIDAA') BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PROFESIONALISMA PARA GURU DAN STAF SEBAGAI PENGENDALI SMITA. KURSUS INI TELAH MEMBERI INPUT BARU KEPADA SEMUA WARGA YANG MENGOPERASIKAN #SMITAPROGRESIF KE TAHAP YANG LEBIH BAIK LAGI, MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN YANG BERUPAYA MENAWARKAN YANG LEBIH BAIK UNTUK #ANAKANAKHEBAT SMITA. INSHAAALLAH.

LAGI

PELAJAR TINGKATAN 1 - 3 KEMBALI KE SEKOLAH

SETELAH LAMA TIDAK DAPAT KEMBALI KE SMITA BERIKUTAN SEKATAN PKP, ALHAMDULILLAH KALI INI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 3 SEKALI LAGI BERPELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN PASCA COVID-19 DENGAN PEMATUHAN NORMA BARU. KEBENARAN OPERASI SEKOLAH KEPADA PELAJAR- PELAJAR MENENGAH RENDAH TELAH DIBUAT SECARA BERPERINGKAT SETELAH KEBENARAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN 4.


PIHAK SEKOLAH SENTIASA SERIUS DALAM PEMATUHAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 BAGI MEMASTIKAN BUKAN SAHAJA PELAJAR MENGIKUTI PENGAJIAN DAN TINGGAL DI ASRAMA DENGAN SELESA, MALAH SELAMAT DAN SIHAT. HAL INI BERTEPATAN DENGAN ANJURAN ISLAM BAGI MENJAGA NYAWA DAN KESIHATAN.


SEMOGA PARA PELAJAR ISTIQAMAH MENERUSKAN USAHA MENGGALI ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI SAW DEMI KEMAJUAN MASYARAKAT UMUM. INSHAAALLAH.

LAGI

SMITA HADIRI PROGRAM PELANCARAN TVET ISLAMIK PERAK

PADA 23 JULAI YANG LALU, SMITA DIWAKILI GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, MUALLIM IZMER TELAH MENGHADIRI PROGRAM PELANCARAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) ISLAMIK ATAU TEKNOHAFIZ BAGI MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA BIDANG PENDIDIKAN BAHARU TAHFIZ BERASASKAN TVET. PELANCARAN INI TELAH DIJAYAKAN DI LAMAN SERI RIDZUAN, IPOH.

OBJEKTIF PENTING PROGRAM INI IALAH UNTUK MEMBERI PENEKANAN SERAMPANG DUA MATA MEMBABITKAN MENGHAFAZ AL-QURAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA PELAJAR PUSAT TAHFIZ DI SELURUH NEGERI, TERMASUK SMITA.

PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA ISLAM DAN PENERANGAN PERAK, MOHD AKMAL KAMARUDIN BERKATA, SETAKAT INI ENAM PUSAT KEMAHIRAN AWAM TELAH DIPILIH UNTUK PROGRAM ITU, ANTARANYA GIATMARA, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP), KOLEJ KOMUNITI, INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) DAN KOLEJ RISDA.

TURUT HADIR PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK, DATUK MOHD YUSOP HUSIN DAN PENGARAH PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK, MISBAHUL MUNIR .PERASMIAN PENUTUP DISEMPURNAKAN OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PEMBANGUNAM MODAL INSAN, NGO DAN MASYARAKAT SIVIL, YB RAZMAN ZAKARIA.

SETAKAT INI, PERAK MEMPUNYAI 83 BUAH TAHFIZ YANG BERDAFTAR ATAU PURATA LIMA TAHFIZ DI SETIAP DAERAH DI SAMPING 32 LAGI DALAM PROSES PENDAFTARAN. DARIPADA 83 TAHFIZ YANG BERDAFTAR, 59 MENAWARKAN PROGRAM HAFAZAN SEPENUHNYA MANAKALA 24 LAGI MENAWARKAN PROGRAM HAFAZAN DAN AKADEMIK. BERTUNJANGKAN DARI PERANCANGAN INI JUGA, SUATU AKTIVITI DAN SILIBUS AKAN DISUSUN BERSAMA AGAR BERSESUAIAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN DI PUSAT TAHFIZ TANPA MENGGANGGU FOKUS UTAMA PENGAJIAN IAITU HAFAZAN AL QURAN DAN PENGAJIAN KITAB.

LAGI

MESYUARAT BIMBINGAN GURU BAGI PENYERAPAN ILMU PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) DALAM PDPC BAHASA MELAYU JAIPK

TARIKH: 22-23 JULAI 2020

TEMPAT: M ROOF HOTEL, IPOH

GURU TERLIBAT: MUALLIMAH ANN

SEBUAH MESYUARAT BIMBINGAN BAGI PENYERAPAN PKJR DALAM PDPC BAHASA MELAYU TELAH DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA MIROS DAN JAIPK. MESYUARAT SRLAMA DUA HARI INI PADAT DENGAN PENGISIAN BERKENAAN MODUL PKJR DAN SKILL PDPC BAHASA MELAYU BERSEKALI PKJR. DIHARAPKAN SELEPAS INI PKJR DAPAT DISERAPKAN DENGAN BAIK DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU DI SEKOLAH.

LAGI

PELAJAR FORM 4 KEMBALI KE SMITA

3 MINGGU BERLALU SETELAH KEMBALINYA KUMPULAN PELAJAR PERTAMA (TINGKATAN 5) KE SMITA YANG PERMAI. KEMASUKAN SEMULA PELAJAR BAGI MENERUSKAN SESI PEMBELAJARAN SELARAS DENGAN ARAHAN KERAJAAN SETELAH TAMATNYA BEBERAPA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG DILAKSANAKAN BERTURUTAN APABILA NEGARA DIRUNDUNG UJIAN PENULARAN WABAK COVID-19. SEGALA PERSIAPAN YANG DISEDIAKAN SELARAS DENGAN LANGKAH PEMATUHAN SOP COVID-19 TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN OLEH KUMPULAN TERSEBUT.

KINI GILIRAN PARA PELAJAR TINGKATAN 4 PULA KEMBALI KE SEKOLAH SETELAH PENGUMUMAN YANG DIBUAT PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, SELARAS DENGAN KELONGGARAN YANG DIBERI OLEH PIHAK MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

BERFOKUS KEPADA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PARA PELAJAR, PIHAK SEKOLAH MENERUSKAN LANGKAH SANITASI HARIAN DAN MENGEKALKAN PEMANTAUAN AGAR PARA PELAJAR PATUH DENGAN ARAHAN JARAK SELAMAT, PEMAKAIAN PELITUP MUKA, DAN PENGGUNAAN CECAIR PEMBASMI KUMAN DI TANGAN. SELARAS DENGAN KEHENDAK KERAJAAN, GURU-GURU JUGA SENTIASA MENYELITKAN KEPENTINGAN KEBERSIHAN DAN LANGKAH PENGAWALAN PENULARAN KUMAN KEPADA PELAJAR DI SETIAP SESI PENGAJARAN. HAL INI SETERUSNYA DAPAT MENGHENTIKAN PENUKARAN KHUSUSNYA DI DALAM KAWASAN SMITA.

SERAMAI 25 ORANG LAGI PELAJAR SMITA DARI TINGKATAN 4 KEMBALI KE SMITA BAGI MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM NORMA BAHARU.SEMOGA PARA PELAJAR TINGKATAN 4 KUAT DAN TABAH MENGHADAPI KESUKARAN SEPANJANG MEMATUHI SOP DEMI KESELAMATAN BERSAMA.

LAGI

PELAJAR TINGKATAN 5 KEMBALI KE SMITA

SETELAH PENGUMUMAN YANG DIBUAT PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI MEMBENARKAN SEMULA PEMBUKAAN SEKOLAH-SEKOLAH PASCA PENULARAN WABAK COVID-19, SMITA LEBIH AWAL MENGORAK LANGKAH BAGI MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF, SELAMAT DAN SIHAT BAGI MENYAMBUT KEDATANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 SEBAGAI KUMPULAN PERTAMA YANG DIBENARKAN UNTUK KEMBALI.

SERAMAI 14 ORANG PELAJAR TELAH DIBENARKAN UNTUK KEMBALI, DENGAN PERSEDIAAN PEMATUHAN NORMA BAHARU. BEBERAPA PENYESUAIAN TELAH DIBUAT BAGI MEMASTIKAN PARA PELAJAR DAPAT MENERUSKAAN PENGAJIAN DAN DALAM MASA YANG SAMA MENERUSKAN PEMATUHAN SOP COVID-19.

BAGI MEMUDAHKAN PARA PELAJAR, BEBERAPA PINDAAN SELARAS DENGAN PERUBAHAN YANG BERLAKU PASCA COVID-19 TELAH DIBUAT. CONTOHNYA  JADUAL PULANG BERMALAM, TAKWIM CUTI, DAN MINGGU PEPERIKSAAN TELAH DIUBAH. MANAKALA TERDAPAT BEBERAPA AKTIVITI TELAH DIBATALKAN SEPERTI KELUAR OUTING, AKTIVITI OUTDOOR, DAN SUKAN YANG MELIBATKAN SENTUHAN.

SEMOGA USAHA PEMATUHAN YANG BAIK DARI PARA PELAJAR MAMPU MENGEKANG SEBARANG PENULARAN DI SMITA KHUSUSNYA, DAN PARA PELAJAR TINGKATAN 5 BOLEH MENERUSKAN SESI PENGAJIAN DENGAN TENANG DAN SELESA SEBAGAI PERSEDIAAN MENDUDUKI SPM TIDAK LAMA LAGI.

LAGI

Page 1 of 6