:
FAQ%20SEKOLAH

27-Jun-2022

FAQ

  1. APAKAH SYARAT KEMASUKAN SMITA?

Bagi pelajar yang berminat, sesi temuduga akan dijalankan. pihak sekolah menerima semua permohonan yang yang layak tanpa mengira tahap dan latarbelakang pendidikan mahupun pencapaian keputusan peperiksaan. Pelajar daripada semua aliran pendidikan rendah atau menengah sert tahfiz tanpa akademik layak memohon. Walaubagaimanapun, tujuan temuduga dilakukan adalah untuk pihak sekolah mengetahui tahap pencapaian akademik pemohon supaya mereka boleh dikelaskan mengikut kemampuan masing-masing setelah diterima masuk nanti.

 

  1. TIADA UPSR/PT3. BOLEHKAH MEMOHON?

Boleh. Walaubagaimanapun, setiap permohon akan ditemuduga bagi menentukan pengkhususan tahap hafazan atau aliran selepas diterima masuk. Semasa hadir temuduga, bawa bersama salinan keputusan peperiksaan/ ujian terbaharu daripada sekolah terdahulu.

 

  1. ANAK TIDAK PERNAH BELAJAR AKADEMIK. BOLEHKAH MEMOHON.

Boleh. Setelah ditemuduga, pelajar akan ditentukan tahap dan aliran yg bersesuaian. Ibu bapa akan diberikan penerangan mengenai kelas & aliran tersebut.

 

  1. ANAK SAYA SUDAH LAMA KETINGGALAN PELAJARAN KERANA MENGIKUTI PENGAJIAN DI SEKOLAH TAHFIZ SEPENUH MASA & SEKARANG SUDAH LANJUT USIA.BOLEHKAH ANAK SAYA IKUTI PENGAJIAN UNTUK MENGAMBIL SPM?

Tiada masalah. Walaubagaimanapun, pemohon masih perlu menjalani temuduga untuk menentukan pengkhususan dan aliran SPM yang bersesuaian.

 

  1. MENGAPAKAH SMITA TIDAK MENGAMBIL PT3?

SMITA telahpun merujuk perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah. Ketiadaan sijil PT3 tidak menghalang mana-mana pelajar di dalam negara kita untuk menduduki peperiksaan SPM. Sijil PT3 bukanlah seperti tiket yang wajib dibayar oleh mana-mana individu sebelum menduduki SPM. Pihak sekolah yakin bahawa peperiksaan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk tingkatan 3 SMITA juga berfungsi dan membawa  tujuan sama seperti PT3. Ianya kayu pengukur keberkesanan pendidikan terhadap kemenjadian seseorang pelajar yang diukur secara penilaian berasaskan sekolah. Ketiadaan PT3 secara rasmi memberi ruang lebih besar kepada pihak sekolah untuk menumpukan usaha kearah  perkembangan prestasi pelajar dalam bidang-bidang yang lain seperti pembangunan karakter, pemikiran kritis d & kreatif, pengajian Al-Quran dan kemahiran berkomunikasi. SMITA mengambil ruang dalam jadual waktu rasmi pelajar untuk mengajarkan subjek-subjek seperti CT ( critical thinking ), CD ( character development), Usrah dan Pidato. Walaupun SMITA tidak menawarkan PT3, tetapi pelajar-pelajar ditawarkan dengan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, berkomunikasi, pembangunan karakter islamik dan kemahiran interpersonal yang lain.

  1. APAKAH PEMBELAJARAN YANG DITAWARKAN ATAU APAKAH MODUL KURIKULUM SMITA?

SMITA menawarkan pembelajaran holistik untuk pelajar lelaki dan perempuan daripada tingkatan 1 - 5. Modul Kurikulum SMITA merangkumi 4 bahagian utama iaitu

  1. Akademik
  2. Diniah
  3. Pengajian Al-Quran
  4. Pengajian subjek elektif

 

untuk pelajar tingkatan 1-3, subjek akademik adalah seperti yang ada di sekolah menengah arus perdana. Akan tetapi, subjek akademik ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris kecuali untuk subjek Bahasa Melayu & Sejarah. Subjek Diniah pula mengikut modul Kurikulum Dini seperti yang digunakan di  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan( SABK ), seperti Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Kesemua subjek Diniah ini diajarkan dalam Bahasa Arab.  Bagi pengajian tahfiz pula, pelajar akan dikelaskan kepada tahap masing-masing, mengikut kemampuan tilawah dan kemahiran hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahap mempunyai kaedah pengajaran berbeza. Bagi bahagian Subjek Elektif, ianya dibangunkan khusus untuk pelajar SMITA dan tidak diajarkan di mana-mana sekolah Menengah lain di Malaysia. Ia bertujuan mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi disamping membentuk sahsiah dan karakter Muslim yang unggul.

Oleh kerana bahasa penghantar ialah Bahasa Arab dan Inggeris, semua pelajar tingkatan satu wajib mengikuti kursus Bahasa Arab dan Inggeris dalam semester pertama pengajian mereka di SMITA.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5, terdapat 2 aliran akademik yang utama iaitu aliran sains tulen (fizik, kimia, biologi & matematik tambahan) serta aliran perakaunan ( prinsip perakaunan & perniagaan). Walaubagaimanapun, semua subjek ini diajarkan dalam Bahasa Melayu supaya pelajar dapat menduduki SPM dengan lebih baik dan bersedia.

Khusus untuk pelajar tingkatan 4, mereka  akan mengikuti pengajian 4 thanawi dan menduduki peperiksaan Thanawi yang disediakan oleh bahagian pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak di hujung tahun. Kesemua subjek ini diajarkan dalam Bahasa Arab.

Pelajar tingkatan 4 dan 5 juga akan mengikuti pengajian Hafazan Al-Quran seperti pelajar-pelajar lain. Tetapi tidak mengikuti pengajian Subjek Elektif seperti pelajar tingkatan 1-3

 

  1. BOLEH TERANGKAN SEDIKIT PENGENALAN TENTANG SMITA?

SMITA adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat ( SMAR ) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak ( JAIPk/SMAR/ T.I. 108/12 ). SMITA terletak di Chenderong Balai, Teluk Intan. SMITA menerima kemasukan pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 - 5 daripada mana-mana latarbelakang pendidikan. Semua pelajar perlu tinggal di asrama. Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran pelajar boleh diajukan kepada pihak pengurusan sekolah di talian 05- 6254333/34/35 atau melalui whatsapp di talian 010 6054335.

 

  1. BERAPA YURAN BULANAN YA?

SMITA menawarkan modul Kurikulum yang holistik dan bersepadu amenggabungkan 4 bahagian subjek iaitu akademik, diniah, hafazan Al-Quran dan subjek elektif. SMITA juga terlibat secara aktif dalam kokurikulum di peringkat daerah dan negeri serta mengikuti pertandingan anjuran MSSD dan MSSPk. Kesemua pelajar wajib tinggal di asrama. Oleh kerana penawaran modul kurikulum dan kokurikulum adalah luas dan pelbagai, ini menyebabkan kos operasi sekolah turut meningkat, dimana ianya banyak bergantung kepada yuran sekolah.

Walaubagaimanapun, SMITA mengenakan yuran bulanan yang berpatutan iaitu RM650, dipecahkan kepada yuran pengajian (RM 350) dan yuran asrama ( RM300).

Namun begitu, SMITA turut menawarkan biasiswa untuk pelajar yang tidak berkemampuan. Biasiswa boleh dipohon semasa sesi temuduga dijalankan nanti.

 

  1. APAKAH PEPERIKSAAN YANG DITAWARKAN DI SMITA?

SMITA menawarkan 2 peperiksaan utama iaitu SPM (tingkatan 5) dan Sijil Thanawi (tingkatan 4). SMITA juga merupakan pusat peperiksaan yang berdaftar dengan JAIPk dan PPD. Oleh itu, semua pelajar akan menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut di dewan peperiksaan SMITA dan tidak menumpang di mana-mana sekolah lain.

 

10 BAGAIMANA CARA HENDAK DAFTAR MASUK SMITA?

Ibubapa boleh lawati laman web www.smita.edu.my untuk mendaftar secara atas talian. Sekiranya Ibubapa menghadapi kesukaran untuk mengisi boring online, Ibubapa bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian 05-625 4333/34/35 atau ajukan pertanyaan ke whatsap sekolah di talian 010-605 4335.

 

  1. CUTI SAMA DENGAN SEKOLAH LAIN?

SMITA mengikuti takwim persekolahan sekolah-sekolah dalam arus perdana (sek KPM). Ini bermakna cuti-cuti persekolahan antara SMITA dan sekolah-sekolah tersebut adalah seragam. Walaubagaimanapun terdapat cuti-cuti persekolahan yang dipanjangkan atau diwar-warkan berbanding sekolah-sekolah kerajaan. Ini disebabkan oleh tambahan cuti-cuti yang diberikan kepada para pelajar sekiranya terdapat program-program sekolah berlangsung pada tarikh-tarikh cuti umum tertentu. Sebagai contoh, sekiranya sambutan kemerdekaan diadakan pada 31hb Ogos maka 1 hari cuti tambahan akan diberikan kepada para pelajar dan dikumpulkan pada cuti-cuti persekolahan yang ditetapkan oleh KPM.

 

  1. APAKAH MODUL KURIKULUM TAHFIZ SMITA?

Bagi pengajian hafazan Al-Quran SMITA, Sekolah menerima kemasukan pelajar dan semua latar belakang Pendidikan. Ini bermakna pelajar yang hanya tahu asas membaca Al-Quran pun akan diterima. Oleh itu, pendekatan modul kurikulum tahfiz SMITA adalah :

  1. Pendekatan bersepadu : Pelajar dikategorikan kepada tahap masing-masing mengikut

                                       penguasaan Al-Quran. Setiap kategori mempunyai teknik

                                                pengajaran tersendiri.

  1. Kurikulum integrasi : Pengajian Al-Quran digabungjalin dengan subjek pelbagai.
  2. Pencapaian bersasar : Sasaran pencapaian tertumpu kepada peningkatan kualiti

                                       bacaan dan sasaran juzuk dihafaz mengikut kemampuan

                                       pelajar.

Pelajar akan dipastikan untuk berkemampuan membaca Al-Quran dengan baik terlebih dahulu sebelum memulakan hafazan Al-Quran. Semakin mahir seseorang pelajar, semakin tinggi tahap kelas mereka. Di setiap tahap, peperiksaan akan dijalankan. Di akhir pengajian, peperiksaan syahadah Al-Quran akan dijalankan oleh Guru Al-Quran yang dilantik oleh MAIPk. Para pelajar juga akan dihantar untuk menduduki ujian syahadah hafazan Al-Quran Negeri Perak yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak, Sijil hafazan ini akan dikeluarkan secara rasmi oleh JAIPk.

 

  1. SELEPAS SPM, KE MANA LALUAN PELAJAR UNTUK LANJUTKAN PELAJARAN

Para pelajar berhak dan layak untuk melanjutkan pelajaran sepertimana pelajar lepasan SPM di sekolah-sekolah menengah lain. Peluang untuk mengikuti pengajian di university-universiti tempatan atau mendapatkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran diluar negara. Pelajar-pelajar boleh melanjutkan (JPA, zakat, NGO dll) pengajian di matrikulasi, politeknik, institut perguruan dan lain-lain institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negeri.

 

  1. APAKAH KELEBIHAN SMITA DENGAN TAHFIZ LAIN?

Setiap sekolah-sekolah tahfiz mempunyai kelebihan masing-masing. Oleh kerana SMITA adalah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat, pelajar-pelajar  SMITA akan mengikuti pengajian akademik secara formal. Ini membolehkan pelajar-pelajar SMITA mendapatkan pembelajaran yang menyeluruh darpada bahagian akademik diniah, elektif dan semestinya pengajian hafazan Al-Quran.

        Pengajian yang menyeluruh ini, memberikan peluang yang lebih besar kepada para pelajar SMITA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih besar bukan sahaja dalam bidang keagamaan sahaja.

        Terdapat juga subjek-subjek elektif yang khusus dibangunkan untuk pelajar SMITA bagi membangunkan kemahiran berfikiran kritis & kreatif, kemahiran berkomunikasi serta pembentukan sahsiah muslim yang unggul. Ini menambahkan kualiti peribadi para pelajar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar diluar sana.