:
PENGENALAN KEPADA INTEGRASI SMITA

14-Mar-2022

NTEGRASI SMITA memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu agama menerusi pembelajaran Kurikulum Bersepadu Diniah (KBD) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum ini berfokus kepada melahirkan ulama dan umara' masa hadapan yang terisi dengan ilmu dan kepimpinan. Pelajar aliran ini turut mengambil kelas hafazan dengan anggaran dapat menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk sepanjang 5 tahun pengajian. SMITA turut menawarkan pelajar aliran integrasi peringkat menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) dengan subjek aliran Sains (Fizik, Kimia, dan Biologi) atau aliran Akaun (Akaun, Pernigaan, dan Sains) bagi melahirkan individu professional dengan pengetahuan agama yang mantap.