:
PENDAHULUAN

12-Mar-2022

Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin (SMITA) adalah sebuah sekolah yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SMAR/T.I. 108/12. SMITA mempunyai kemudahan dan prasarana yang lengkap bagi menampung keperluan para pelajar yang bakal memohon kelas Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMITA untuk terus menyambung pelajaran di sini. Tambahan pula, di daerah Hilir Perak masih belum ada sekolah yang menganjurkan kelas pengajian ini.