:
TENTANG%20SMITA%20PLUS


 Bismillahiranirrahim . Assalamualaikum w.b.t ,  SMITA Telah Maju Selangkah Lagi.

Bermula Tahun 2022 SMITA akan mengadakan sesi pembelajaran baru Tahfiz Plus sebagai alternatif kepada Pendidikan integrasi masa kini di samping penghafalan Al - Quran yang lebih interaktif.

Di sini kami menjangkakan pelajar akan menghafal al quran sebanyak 30 Juzuk di akhir pengajian dan  seterusnya mengambil peperiksaan SPM di IPT Terpilih.

Visi kami adalah untuk melahirkan professional yang menghafal al -quran serta memahami konteks di dalam.

Mengambil Inspirasi daripada kejayaan Penubuhan Maahad Tahfiz Mutiara Di Kerteh Terengganu, Tahfiz Plus Merupakan Salah satu unit baru yang ditubuhkan pada tahun 2022 hasil daripada idea Pengarah Pendidikan al- Nidaa'' Tuan Haji Zainuddin bin Alang Mamat  Hasil daripada kejayaan tersebut, beliau beriltizam untuk menubuhkan pusat tahfiz di kawasan Teluk Intan seperti di Maahad Tahfiz Terengganu.

 Berikutan Hadith Riwayat At-Tarmizi 2905

  • Daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2905]

Setiap Muslim yang menghafal al -quran seharusnya memahami al-quran dengan melaksanakan setiap perkara yang diperintahkan di dalam al -quran dan menjauhi larangan di dalam nya.

 Jom.

JOM JOIN SMITA!!!