:
TENTANG SMITA PLUS


SMITA telah dibangunkan oleh sekumpulan golongan profesional di bawah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia atas dasar untuk membentuk dan membangunkan metode pemikiran insan yang lebih kritis disamping pembangunan akhlak sejajar dengan maksud dan kandungan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Di SMITA, kami yakin bahawa setiap muslim di dunia wajib memahami dan mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah secara syumul. Justeru, SMITA sentiasa memastikan sistem pedagogi, metode pengajaran dan aktiviti pembelajaran serta aktiviti kokurikulum untuk anak didik dan tenaga pengajar kami sentiasa selari dengan perkembangan pendidikan.