23-Aug-2020
BARISAN JAMAAH PENGURUSAN SMITA
 |
PENGERUSI
EN AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
Encik Ahmad Kamal bin Ariffin, lahir pada tahun 1961, memegang ijazah BSc. in Estate Management dari Heriot-Watt University, Edinburgh. Bekas pelajar MCKK, beliau memulakan kerjayanya dengan Island & Peninsular Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah. Dari tahun 1987 hingga 1989 beliau bekerja dengan Bank of Commerce Bhd dalam sektor perbankan korporat sebelum meneruskan kerjayanya dengan Jami Company Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelaburan modal teroka Arab Saudi di Malaysia.
Pada tahun 1994 beliau memilih untuk menjadi seorang usahawan dengan menceburi bidang perkilangan dan agensi insuran dan takaful. Setelah menjual perniagaan perkilangannya pada tahun 2004, beliau kini memberi tumpuan kepada perniagaan agensi insuran dan takaful. Melalui pengalaman kerjayanya beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang hartanah, perkilangan, dan pelaburan kewangan.
|
 |
TIMBALAN PENGERUSI
TUAN HAJI OTHMAN @ ALIAS BIN MOHD
Tuan Haji Othman @ Alias Bin Mohd, atau lebih dikenali dengan nama Mas Othman, APAM , AIPDM, seorang akitek dengan ijazah B.Sc Arch dari Robert Gordon University Aberdeen Scotland, 1972.
Beliau memulakan karier akiteknya dengan bertugas sebagai Penolong Akitek di Hijjas Kasturi and Associates dari 1975-1976 dan selepas itu menunaikan khidmat negara selama 3 tahun di ibu pejabat JKR, Terengganu. Dalam tahun 1980, beliau membuka firmanya sendiri, Mas Othman Associates, yang beroperasi hingga kini.
Seorang muslim yang aktif, AR Othman berperanan sebagai imam masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor dari 1995 hingga 1999. Dan kerana minatnya yang mendalam dibidang pendidikan Islam, beliau telah dan terus terlibat dalam penubuhan dan perjalanan beberapa sekolah Islam termasuk Sekolah Islam Adni di Kuala Lumpur dan Maahad Al-Manar di Kelantan.
|
|
SETIAUSAHA
|
 |
PENOLONG SETIAUSAHA
CIKGU IDRIS BIN SALEH
Cikgu Idris Bin Saleh Merupakan Timbalan Pengarah Al- Nidaa' Bagi Tahun 2022. Merupakan salah seorang guru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kokorikulum, akademik dan telah berkhidmat bersama Persatuan Kebajikan Al - Nidaa' lebih daripada 8 Tahun. Beliau juga merupakan salah seorang bekas Guru Penolong Kanan Di Sekolah Menengah Al- Amin Gombak. Mempunyai pencapaian yang memberangsangkan membawa pelajar - pelajar Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al- Amin memenangi pingat Robotik, Chess di peringkat Kebangsaan.
|
 |
BENDAHARI
TUAN HAJI AHMAD FAUDZI BIN MOHD YUSOF
Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Mohd Yusof dilahirkan pada tahun 1947 dan berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Ahmad Faudzi Bin Mohd Yusof ialah se orang pesara. Bekas pelajar Maktab Mara(sekarang UiTM) beliau menamatkan pengajiannya dalam jurusan perakaunan di United Kingdom dan mempunyai kelulusan professional Chartered Institute of Management Accountants UK.
Sekembalinya dari luar negeri beliau bekerja dengan sebuah syarikat multinasional Amerika selama 20 tahun menyandang pelbagai jawatan dalam bidang perakaunan dan sistem perakaunan. Dalam jangka masa tersebut beliau pernah bertugas di New Zealand, Indonesia, Singapura dan Hong Kong sebelum kembali bertugas di Malaysia sehingga bersara.
|
 |