:
SYARAT KEMASUKAN


1) Kemasukan terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan bagi tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

2) Pelajar mestilah besedia untuk tinggal diasrama serta mempunyai minat mendalam untuk mempelajari agama.

3) LULUS matapelajaran bahasa melayu dalam UPSR (pemohon boleh guna keputusan peperiksaan percubaan atau peperiksaan UPSR sebenar). Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berkesempatan menduduki UPSR, Pelajar perlulah sekurang-kurangnya Lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu semasa di sekolah rendah dalam peperiksaan terbaharu/terakhir. 

4) Sebaik-baiknya boleh membaca Al-Quran dengan lancar. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tidak boleh membaca Al-Quran dengan baik, masih boleh memohon. Kelas pemantapan tilawah Al-Quran akan diajar setelah pelajar diterima masuk ke SMITA.

5) Pemohon akan ditemuduga atau/dan menduduki ujian terlebih dahulu. Keputusan temuduga/ujian itu menentukan pemohon diterima masuk atau sebaliknya.

6) Datang terus ke Pejabat SMITA untuk temuduga sepanjang tahun.

7) Pelajar tahfiz sepenuh masa yang ingin mengambil pengajian TAHFIZ DAN AKADEMIK digalakkan untuk memohon bagi kemasukan sepanjang tahun.

8) Dalam kes-kes tertentu sekolah berhak menolak permohonan masuk, contohnya pemohon yang ada rekod jenayah, penggunaan dadah, berakhlak amat buruk atau sebagainya.